
Semalam ketika aku duduk menunggu imam membaca khutubah jumaat , hati aku terdetik mengucapkan kesyukuran kehadrat Ilahi , kerana masih lagi dipanjangkan umur , tubuh badan yang sihat walafiat , rezeki yang melimpah ruah yang datangnya dari sumber – sumber yang tidak pernah aku impikan dan dikelilingi keluaga tercinta yang menjadi sumber kekuatan spritual aku.
Syukur dan sungguh bertuah rasanya diri ini dimana ketika ada insan yang masih belum bangun lagi dari tidur kerana clubbing dimalam tahun baru , aku segar dan cerdas duduk tenang didalam masjid , dan ketika masih ada lagi yang masing pening kepala akibat alkohol dimalam tahun baru , fikiran aku tenang dan redha menghadap yang Maha Esa.Syukur aku panjatkan kepada Tuhan yang Maha Esa kerana limpah kurniaNya aku dijauhkan dari dunia dan jalan yang gelap itu.
Bila aku renung kembali kebelakang banyak perkara yang menarik berlaku disepanjah tahun 2009. Baik dari segi perkerjaan , akedemik dan juga hubungan kekeluargaan .Semua menjadi kenangan yang munkin akan kekal didalam kenangan.
2010 menjanjikan suatu perjalanan yang tidak kurang menarik dengan pelbagai pencangan yang telah diatur .Seperti tahun – tahun yang lalu setiap tahun akan disi dengan program dan akitiviti yang berfaedah demi kebaikan untuk diri sendiri dan jika dizinkan tuhan aku ingin menyambung kembali berlajar suatu rutin yang sering aku lakukan setiap tahun , berlajar dan terus berlajar .
Tahun 2010 ini aku dapat rasakan aku akan meninggalkan dunia Photography secara perlahan – lahan , minat dan cinta ke atas dunia photography telah lama mati .
Selamat tahun baru kepada semua teman – teman dan sahabat semoga tahun ini memberi keberkatan dan dimurahkan rezeki .
